Keselamatan Senario Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12

Rakyat mestilah diyakinkan tentang aspek sebelum dan semasa keluar mengundi pada hari mengundi. Tidak seperti di Thailand dan Pakistan, proses pilihan raya di Malaysia jauh lebih aman. Pasukan keselamatan seperti polis dan tentera akan memastikan keselamatan negara pada tahap tertinggi.

PDRM telah memastikan aspek keanggotaan polis, peralatan dan lojistik. Datuk Othman Ali selaku Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur menyatakan trek rekod PDRM selama ini dapat mengatasi sebarang masalah. Anggota polis telah dilatih tentang aspek undang-undang pilihan raya. [9] Datuk Noor Rashid Ibrahim selaku Pesuruhjaya Polis Sabah akan memastikan pilihan raya di Sabah yang melibatkan pendatang dari Filipina dan Indonesia serta ancaman kumpulan Abu Sayyaf dapat diminimakan.

Hanya 10% anggota polis dibenarkan mengambil cuti sejak bulan November 2007 hingga pilihan raya selesai. Datuk Abdul Razak Bokhari selaku Pengarah Pengurusan PDRM tidak mahu mengambil mudah soal tahap keselamatan semasa pilihan raya. [10]

Rujukan

WikiPedia: Senario Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 http://122.0.17.30/news/79429 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3...